Friday, February 12, 2016

Kisah Sedih Si Hero, Kucing Yang Dipotong Kakinya Karena Mencuri Ikan



Kisah seekor kucing yang dipotong kedua belah kaki depannya oleh "seekor manusia" (atau layakkah digelar manusia) kerana dipercaya mencuri ikan disebuah restoran.

Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. orang boleh bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu.

Sedangkan jari kita terluka terkena pisau pun, pedihnya bisa buat tak karuan seketika, inikan pula dipotong kakinya dalam keadaan hidup-hidup.

Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh.

Kini setelah 6 tahun berlalu, kucing yang diberi nama Hero itu telah pulih sepenuhnya. Hero mampu berjalan dan melompat walaupun putus kedua kaki depannya. Melihat ketabahan Hero, timbul rasa simpati.

Sampai hati betul "seekor manusia" itu sanggup memotong kaki Hero.

Hairey atau kini mahu digelar Papa Hero turut berkongsi pengalamannya membela Hero dan juga kucing-kucing lain di blognya " kakimotong.blogpot.com

Papa Hero juga turut memuat naik video-video aksi Hero dan kucing lain di youtube.